Hendak Buat Semakan NCD?
Sudah tiba masanya anda memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta.
Jika anda biasa buat pembaharuan insuran kereta setiap tahun, anda akan biasa dengar mengenai diskaun tanpa tuntuan atau non claim discount (NCD).
Pengkalan data NCD ini dikendalikan oleh satu syarikat Berhad iaitu Insurance Services Malaysia (ISM). Kesemua syarikat insuran dan takaful kenderaan di negara Malaysia akan semak NCD dengan pengkalan data ini.
Sistem yang digunakan oleh syarikat pengendali insuran dan takaful juga ada sambungan terus ke pengkalan data ini. Tetapi orang awam masih boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan percuma. Bagaimana? Sila teruskan baca.
Apa Itu NCD?
Sebelum kita teruskan, saya akan terangkan sedikit mengenai NCD bagi mereka yang tidak tahu. Jika anda sudah tahu, boleh langkau bahagian ini.
NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu adalah penting anda semak NCD setiap tahun.
TAHUN PERTAMA | 0% | |
TAHUN KEDUA | 25% | |
TAHUN KETIGA | 30% | |
TAHUN KEEMPAT | 38.33% | |
TAHUN KELIMA | 45% | |
TAHUN KEENAM & SETERUSNYA | 55% | |
Semasa anda memperbaharui insuran kenderaan tahun lepas, syarikat insuran terbabit sudah menyerahkan kepada anda satu nota perlindungan insuran (cover note). Di dalam surat tersebut ada tertulis NCD anda bagi tahun lepas. Dengan menggunakan jadual di atas, anda boleh tahu tanpa semak NCD di ISM berapa NCD anda untuk tahun ini.
Tetapi jika anda hilang nota perlindungan insuran tersebut, anda boleh teruskan membaca langkah-langkah untuk membuat semakan atas talian terus di laman web ISM.
Bagaimana Nak Semak NCD?
1. Mula-mula sekali pergi ke laman web berikut:
2. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
3. Masukkan nombor MyKad pemilik kenderaan.
4. Masukkan nama penuh pemilik kenderaan.
5. Masukkan alamat e-mel anda.
6. Masuskkan nombor telefon anda.
7. Sila klik kotak setuju dengan terma dan syarat.
8. Sila klik butang Enquire NCD.
9. Jika sambungan internet ok dan pengkalan data online, anda akan terus dapat keputusan semak NCD seperti berikut.
Seperti biasa, jika anda suka dengan entri kali ini, sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial dibawah.
Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.